Selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, yang inginkan lulusan ipt digabung dalam satu pertubuhan yang sah di kenali sebagai pertubuhan ALUMNI institusi pengajian mereka, maka Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti telah menubuhkan Bahagian Pengesanan Graduan dan Alumni (BPGA).
Dalam hal ini, Kolej Komuniti Segamat telah mengorak langkah dengan menubuhkan Pertubuhan Alumni Kolej Komuniti Segamat Johor. Hasil daripada Keputusan Mesyuarat Agung Jawatankuasa Penaja telah diadakan pada 10 februari 2008 telah meluluskan cadangan supaya pertubuhan alumni ini ditubuhkan secara rasmi. proses mendaftaran pertubuhan ini sebagai satu pertubuhan yang sah telah berjaya hasil usaha Unit Khidmat Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Ahmad bin Sulaiman dengan dibantu oleh jawatankuasa penaja yang dipimpin oleh saudara Ungku Mohd Azlan, Mohd Ali Hatta, Nor Asikin Othman. Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah meluluskan pendaftaran Pertubuhan Alumni Kolej Komuniti Segamat pada 5 september 2008 dengan nombor pendaftaran 1542-08-jhr.
SEJARAH
Sebelum pertubuhan ini ditubuhkan secara rasmi, beberapa program telah dianjurkan secara tidak rasmi oleh bekas-bekas pelajar Kolej Komuniti Segamat. Mereka memerlukan satu platform yangkhusus sebagai tapak untuk menggerakkan aktiviti. Setelah Kolej Komuniti Segamat beroperasi sejak 2001 maka, telah ramai graduan dihasilkan dan mereka ini bertaburan di bumi Malaysia. Langkah yang diambil oleh beberapa orang bekas palajar untuk menyatu dan menghimpunkan mereka adalah sesuatu yang baik. Mereka boleh menyumbang semula ilmu, kepakaran, kebolehan mereka kepada Kolej Komuniti Segamat.
TUJUAN / MATLAMAT PERTUBUHAN ALUMNI KK SEGAMAT
Menghimpunkan semula bekas-bekas pelajar Kolej Komuniti Segamat bagi membincangkan pengalaman-pengalaman berharga mereka yang telah membantu dalam kerjaya masing-masing.
Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli-ahli Pertubuhan dengan Kolej Komuniti Segamat
memberi sumbangan khidmat bakti dari segi sokongan moral dan kebendaan kepada Kolej Komuniti Segamat
Mengadakan saluran dan menyediakan sistem bagi mendapatkan maklumbalas daripada ahli-ahli tentang kesesuaian program pengajian demi kemajuan Kolej Komuniti Segamat secara berterusan.
Memberi kerjasama dan membantu Kolej Komuniti Segamat dalam usaha meningkatkan lagi taraf pendidikan dan jatidiri pelajar
Merangka,merancang dan melaksanakan program-program sosial,sukan,kebudayaan,kerohanian,kabajikan,latihan dan pembangunan demi kepentingan Pertubuhan
Menjalin hubungan dengan mana-mana Pertubuhan berdaftar lain yang mempunyai tujuan-tujuan yang sama.
Menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menggerakkan aktiviti pertubuhan.
Pertubuhan ini boleh menjalankan aktiviti perniagaan dan ekonomi secara sah atas nama pertubuhan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang diperolehi oleh pertubuhan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang dan keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan.
JAWATANKUASA
Penaung di cadangkan pengarah (selepas dipersetujui dalam mesyuarat agung).
Penasihat adalah pegawai alumni.
engerusi dan ahli jawatankuasa yang lain dilantik semasa mesyuarat agung oleh ahli dan memegang jawatan untuk tempoh dua tahun.
FAEDAH KEPADA AHLI ALUMNI
Mewujudkan jalinan selepas tamat belajar. (networking / marketing)
Menyatu, merapat, menjalin dan memesrakan ahli selepas tamat belajar.
Perkongsian pengalaman.
Mengembalikan tenaga.
FAEDAH KEPADA KOLEJ
Menaikkan nama Kolej Komuniti Segamat
Membantu mempromosikan kolej komuniti segamat
Aktiviti bersama pelajar untuk menaikkan motivasi dan menjelaskan halatuju dalam pembelajaran mereka.
Menyumbangkan idea, tenaga dan apa-apa yang sesuai untuk kemajuan kolej